Bisakah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,

Penuh kasih dan ketaatan
Pendorong di kala susah dan derita,

Bisakah aku seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati dikala duka

Penentram jiwa kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Berlinang air mataku,

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap langkah kehidupan,

Taat dalam setiap perintah
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir nan tandus,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

mampukah aku mengikut jejak Siti Rahmah,

Permaisuri Nabi Ayyub as,
Pasrah dengan kehendak Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Bahagia adalah miliknya, janji syurga adalah tempatnya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,

Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Adobted by Nr.Iman S