إن الرجل ليدرك بحسن خلقه درجة القائم بالليل
“Sesungguhnya seorang yang berakhlak baik akan mencapai derajat orang yang solat malam (Qiyamullail).”(Sahih Adabul Mufrad, hadis no 217)

 

“Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:

Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya selama  aku masih hidup atau selepas aku mati.

Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.

Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua.”

~Ibnu Haitham~

“Selama kita bertengkar-tengkar dengan berkaum tua berkaum muda, agama kita telah terserang dari segala penjuru. Kita banyak melihat al-alimin al-ghafilin (orang yang alim tetapi lalai) dan melihat pula al-jahilin al-mutanassikin (orang yang bodoh tetapi kuat beribadat). Ini belum kita tilik. Kadang-kadang kita berdengki-dengkian, sehingga musuh mudah benar memecahbelahkan kita. Apa guna berkaum tua, apa guna berkaum muda. Berkaum muslimin saja lebih baik.” (Hamka)